Selasa, 8 Disember 2015

2015 : SENIOR YEAR


                         Hamboih tajuk dah mcm novel bersiri pulak. Akekee. Setelah lama menyepi, kini aku kembali. Lihatlah... lihatlah dunia. Emmm iklan sat. Okay, tahun ni adalah tahun yg bermakna bagi aku. why? Bcs, tahun ni adalah tahun terakhir aku bergelar sebagai seorang pelajar sekolah. Berhadapan dengan orang2 yang macam2 kerenah dan ragam.Yaaa, tahun terakhir beli baju, beg, kasut sekolah. Emmm sedih. Jadi, wujudnya entri kali ini adalah untuk menceritakan pengalaman and moment yg dah berlaku sepanjang bersama classmates dan rakan2 tercinta. *muntah pelangi. Akekeee jkjk. Banyak perkara yang berlaku dan tak pernah terlintas di fikiran aku. Serious beb, hampa pun mesti tak percaya. Aku lagi laaaa. Aaaaaaaaaa. >.< hampa means korang, uolls not mengecewakan. Akekee. #learnutagha

                       So as always setiap tahun aku main chess wakil sekolah then wakil daerah. Tak pernah pun wakil Negeri dan memang tak pernah bercita-cita nak pergi melepasi fasa yg lebih tinggi. Yeaaa, cause i know who i am. Ramai lagi yg better. So bagi aku kisah tahun ni pasal chess agak poyo, penuh dengan drama, acah2 banyak halangan. Yelaaaa, siapa sangka dapat no 5 daerah boleh go ke peringkat kebangsaan. Allaaa, jangan la cakap aku poyo dan riak. huhuu. Masa peringkat daerah, mmg permainan agak lame. Tak meningkat langsung prestasi.Dan secara jujurnya aku main2. Aku taktau kenapa. Tapi aku still main jugak laa sebab pada awalnya, aku sorang jaa wakil kelas 5sn and diorang semua yg lain kelas sama. Jadi aku rasa mcm, why me? Pastu bincang punya bincang tarik sorang budak kelas aku. Barulah rasa semangat sikittt. Akekee

                     Tibanya hari perlawanan bermula, and as always selalu diadakan di al falah. Dapatlah jumpa kawan2 yg dh kenal. Yelaaa, asal chess ja menghadap muka diorang aka org yg sama dan boleh dikatakan compete each other jela. dah kenal sangat muka2 player chess daerah kerian. Hahaa. Ada yg dah kenal since sch rendah. Mana perangai yg gila2 masuk ayaq tu memang ibarat kita kawan selamanya yee. ukhukk.. From the other side, chess ni buat kita jumpak dan kenal dgn ramai org laa. Contohnya masa game, player 1 teguq player 2. Hi, sch mana? Form berapa?. Mesti punya aaa org yg terlebih peramah ni tanya. kekadang sembang sbb nak psycho orang. So, dari situ bleh kenal each other. Aku pun tak ingat cemana boleh kenal player2 sch lain sampai lepas habis game mesti berkumpul seri perak, seri kurau, panglima, smai. Sembang kencang aaa. Dah jadi mcm geng xD hahaaa.  Jadi conclusionnya, terjalinnya ukhuwah sesama manusia :) Nih dah melencong ke Paris dah ni. HAHAA. Ok, main punya main, dapat no5 dan mewakili daerah kerian ke peringkat negeri. Memang tak sangka sebab aku main mcm apa lagi. Tapi tetap bersyukur dan husnuzon mungkin ada hikmahnya.

                 Yeaaaaa, setelah mengharungi stage pertama, akeekee, pergi ke peringkat negeri di KKTM Lenggong. First, wakil sch aku  U18 hanya 3 org ja dpt pergi. Tetiba seseorang menarik diri dan budak sch aku dapat pergi. Dialah yg jadi geng aku. Gila2 masuk ayaq jugak. Sebilik dengan dia. Her name is Una. Yeayyyy. Kitorang player2 chess dapat merasmikan KKTM lenggong sebab once that time kktm tak dibuka lagi. Risau jugak tempat baru ni kan. Ada satu malam, semua player kena pergi surau yg terletak nun jauh disana dari asrama. yang uzur ni tinggal la kat asrama and ada setengah baca kat bilik kosong ramai2. Nak dijadikan cerita daerah kami ada sorang player cina perempuan U18. Cikgu mmg bekalkan maggi untuk kami. Jadi, si budak cina ni ajak teman dia pegi bilik cikgu nak isi air panas. Tetiba masa tgh sembang bunyi orang ketuk tingkap bilik. Dah le masa tu hujan renyai2. Bunyi mcm something terlanggar tingkap.Aku mmg dah muka lain mcm je. yelaaa, kami duduk tingkat 3 kott. sapa je yg nk ketuk tingkap.pastu aku tgk muka budak tu, budak tu tengok muka aku. Kecut perut gak ahh time tu dah la dgn chinese. Then tiba2 dia bercakap lalu memecahkan kesunyian malam yg krikk2 tadi. Katanya "mungkin angin" and i was like hmmmm. diam je dan dlm hati aku nak je tinggal dia dlm bilik tuh tapi aku buat2 steady jaa. Hahaaa. Ni memang pengalaman yg aku takleh lupa sampai bila2 aaa.


              Okay, tiba2 aku dapat tau aku lepas ke arena pemenang lepas habis 6 round kot rasanya. And i was like wth aku lepassss?? akuuu? seriousss?? >.< and apa yg aku fikir mmg aku akan kalah kesemua round di arena pemenang. tapi serious aku taktau semangat apa yg meresap dalam diri aku masa tu. Memang aku main sungguh2. Aku serious. Sampaikan aku pernah jadi org terakhir habis main. Masatu mmg arbiter dgn team aku asik usha and tengok2 laa. Hahaaa. Pressure dia tinggi bila kau jadi orang last main. Aku sendiri tak percaya. Bak kata Shaura, keajaiban. Bila orang tanya, aku cakap keajaiban. Pernah lawan dgn budak kinta, indian girl. Katanya dia hebat sampaikan kawan aku kalah lawan dgn dia. *kawan aku budak kinta jugak. Aku pun mcm tak percaya dia resign lawan dgn aku. Masatu aku mmg fikir dalam2 ahhh. Semangat yg meresap dalam diri aku mmg betul2 beri keajaiban ah. Then lepas habis main, round last aku menang. Masa round last tu teragak agak jugak kalau menang dpt pegi ke kebangsaan ka. Aku mcm serba salah. Nak main bg menang ke tak. Alhamdulillah aku menang. Lepas je keluar dewan team aku semua cakap aku boleh pergi. Pastu sorang budak kinta kawan aku tadi cakap tahniah. And i was like -.-. kalau boleh tknaakk.

       Okay,habis round balik asrama nak kemas barang dan siap cepat sebab penyampaian hadiah dah nak mula. Aku dgn yakinnya bawak semua beg keluar. Then acara bermula, diumumkan aku dapat tempat keenam peringkat negeri. unexpected. unbelieved. Nak nangesss. Aku pikir balik, mungkin semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Mungkin Allah nak bagi aku ganjaran selepas bertahun2 main chess. Rasanya 7 tahun aa. Alhamduillah dipenghujungnya, aku diberi ganjaran yang amat bermakna. Aku yakin, Allah dah tentukan semuanya. Lepas aku dpt tahu aku ke arena pemenang, aku cuma berdoa yg kalau aku menang tu terbaik untuk aku, aku terima. sebaliknya, kalau aku kalah aku terima dan redha. mungkin itu jugak yg terbaik untuk aku. Jadi, aku menang. Alhamdulillah :)


GIRLS U18 KERIAN CHESS TEAM




GIRLS ONLY. TEAM KERIAN


     Sebenarnya, story behind semangat yang tiba2 meresap dalam diri aku, mcm mana aku tiba2 boleh fkir dalam2 masa main, aku fokus, semua tu sebab parents aku. Aku igt lagi. Aku mmg berat hati nak pergi Lenggong. Sebab masa tu ayah aku operation. Aku cakap kt ibu, aku nak tarik diri. Ibu aku marah. Dia suruh pegi jugak. So the day before pergi lenggong, pegi tgk ayah aku kt Hosp Pulau Pinang. Time tu aku ckp nk tarik diri. Ayah aku tak sedar lagi time tu sbb baru lepas operate. Masa nk balik, aku tgk ayah aku dgn mak aku. Aku pikir. Takkan aku nak hampakan diorang. Diorang mesti harapkan sesuatu dan doa untuk aku. bertahun aku main. Kalini, tahun ni, mmg rasa something. Aku bersyukur jugaklah, aku sepatutnya serious dari awal lagi.  So, habislah cerita sampai peringkat negeri. Oh yaaaa, sebenarnya aku tertinggal bantal kat kktm lenggong gais!! hukhukk. Diorang cakap aku terlalu eksaited sampai tertinggal bantal. Takpe laaa... semua tu kenangan. Uhuks! Boleh tak nak sambung lagi... peringkat kebangsaaaann. ok next!

 ************************************************


       Tibalah harinya perlawanan peringkat kebangsaan yg diadakan nun dekat dgn negeri perak. huhuu. Pulau Pinang jer! Ko tahu tak last last year Sabah and Sarawak. I was like kenapa aku tk pegi tahun lepas. uahaahaa. Boleh laa pi naik flight xD. Sepanjang sesi latihan enjoy la jugak. secara jujurnya aku tak rasa terasing sgt. Diorang pun mcm gila2 jugak. Dapat la kenal each other xD. Masa latihan buat kat hilir perak, ckg ada bawak pegi keluar jugak. Main bowling, pastu pegi tempat apa entah tktau nama ala2 wang kelian. Rasanya entri ni dah terlalu panjang jadi aku letak gambar jea. xoxo


Bowling with them










Singgah Bukit Bendera. Biasa laa ta pernah pi kebangsaan tu yg bawak baju formal ja. Akekee




The day! First day arrived. Dengar taklimat  >.< Me, Najwa, Izzah, Syifa




Batu Feringghi after the last round



Yaaa finally oh i miss my bed




US. PERAK CHESS TEAM


Setelah berkampung selama 9 hari bersama mereka. Yeaa, i will miss them esp si syed. Banyak celoteh dia. Hahaaa. Terjalin lagi ukhuwah sesam kita. Dapat jugak kenal ore nogori laing. Huhu



 
HUHUUU. OK BYE :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan