Ahad, 7 April 2013

Cerpen - Rahsia Hati



Cerpen ni kawan aku punyaa . Aku rembat dari Blog dya . Hehhe , Sorry la aku cilop kau punya cerpen . muehehe .. Ampunn ! Ampunn !
Tapi haa , buat cerpen tak habiss , sekerat jalan bak kata pepatah 'melepaskan batok di tangga' <-- Cikgu BM Tahun lepas punya peribahasa .


TAJUK : RAHSIA HATI



     “hoi! kau tak pernah tengok cat ke? Cepatlah sikit, ni tak..macam siput! Siput pun tak macam kau”

E’eh, suka hati dia je nak marah orang. Aku simbah dengan cat ni baru ko tahu! Ape dia ingat dia sorang je yang boleh marah. Aku tak boleh?

     “hoi cik kak kalau terasa badan tu ada dua tangan dikurniakan pulak dua kaki, tak boleh nak amik sendiri?”
     “hoi cik abang, tak payahlah duk membebel! Daripada kau membebel baik kau tolong aku cat dinding sekolah nih”

Ish..benci betul aku dengan minah keparat ni. Sapelah yang tak kenal dengan Airin Maisara. anak Dato’ ape ntah. Tak amik tahu pun nama bapak dia. Tapi perangainya jauh berbeza berbanding kembarnya, Aira Melissa yang lebih matang dan lemah lembut. Namun sekasar-kasar Airin, dia tetap cantik dan menjadi rebutan ramai.

Tak dinafikan, Airin memang cantik. Dulu aku hampir jatuh cinta padanya. Tapi lepas tahu perangai buruk dia, pergh cancel terus. Aku pun apa kurangnya hensem mengalahkan Shah Rukh Khan!

     “Afiq Aiman bin Tan Sri Hisham! Kau termenung ape lagi. Mimpi kahwin dengan anak raja ke?” sergahan Airin membuatkan afiq termangu.

Hah puas hati aku. Sejak dari mula lagi aku memang rimas dengan budak dungu ni. Nama je budak pandai tapi kuat berangan. Berbeza dengan kembarnya, Adam Aiman yang lebih cool dan macho. Tapi sayang, perangai buaya laut memang dah sebati dalam jiwanya.

     “Hai baby, you buat ape tu? Nak I tolong tak?”

Ah..ni sorang lagi buaya sungai. Apalah malang nasib aku jumpak orang-orang macam ni. Huh..

     “can you please don’t call me with that name? geli tau tak!” “and lagi  satu, you rabun siang ke sampai tak nampak I tengah buat ape?” ah rasakan  penangan harimau.bertemu buaya sungai! Berani nak panggil aku baby.

     “ala ape salahnye I panggil you baby.. lagipun you kan girlfriend I”
Dany melunakkan suaranya. Sengaja dia menekankan perkataan baby dan girlfriend.

     “`huh! Memang dasar buaya” ingat aku boleh tertipu dengan kata-kata manis kau tuh? Hei sorry sket eh ini Airin Maisara lah!
Airin mula mengomel dalam hati.

     “okay lah kalau you tak nak I tolong. But if you need any help just tell me kay?”


Dany mengenyitkan mata nakal sebelum berlalu pergi. Afiq yang melihat adegan mereka berdua ketawa geli hati. Airin yang sedang berdiri diatas tangga untuk mengecat bangunan atas sekolah telah menjatuhkan tin cat kepada Afiq yang kebetulan berada di bawah. Dia kemudian pergi tanpa menghiraukan Afiq.

     “woi pompuan! Berani kau buat aku macam ni. Aku bagi tahu bapak aku suruh saman kau baru tahu!”

Cakap je lah apa yang kau nak cakap. Kau ingat bapa aku tak boleh saman kau ke.. Itu lah padahnya gelak dekat orang!. Gerutu Airin dalam hati.

     “Langau punya pompuan! Jangan sampai aku jumpa kau lagi lepas nih. Arghhhhh……” benci betul aku dengan minah ni. Kalau aku jumpa kau lagi siaplah kau. Nak tak nak aku kena jumpak kau jugak sebab satu kelas. Balasan akan tiba. Kau tunggu je…

…………………………………………………………………………….......

     “ya Allah anak mama ni. Kenapa baju jadi kaler kuning?”
     “tadi ada sorang budak tu, dia terjatuhkan tin cat kat afiq. Sebab tu macam ni”
     “betul ni?” Datin Umaira inginkan kepastian.
     “betullah takkan lah Afiq nak tipu mama kut” ah tibai je lah, janji mama tak tahu perkara sebenar. Afiq janji ni kali terakhir Afiq tipu mama, tapi….InsyaAllah lah hihi




     “hoi, kau termenung apa tu?”

Sergahan Adam mengejutkan Afiq.

     “Kau ni dari dulu memang tak pernah berubah. Asyik nak gempar aku je”
     “nak buat macam mana dah kau tu kaki berangan”
     “boleh tolong aku tak?” sambung Adam lagi.
     “tolong ape?” emm.. dah tahu dah. Si Adam ni kalau tak mintak tolong aku tak sah! Tapi tak pernah pulak mintak tolong aku cara-cara nak mengayat awek, almaklumlah dia kan pro.
     “Aku dah jatuh cinta lah.”
     “kau demam ke?”

Afiq kemudian meletakkan tapak tangan ke dahi Adam.

     “ish elok je temperature kau.” Afiq kebingungan.
     “kau ni elok-elok lah! Aku serious ni.” “aku dah jauh cinta dengan Aira. Lagipun aku tengok dia ayu je, lemah-lembut pulak tu. Bahagia betul aku kalau dapat dia.”
    
Ya Allah.. aku mimpi ke ni? Biar betul kembar buaya laut aku ni suka dekat perempuan  macam tu? Aku ingat dia minat dekat perempuan-perempuan liar je. Tak sangka taste dia boleh tahan jugak. Afiq tersenyum dalam hati.

     “tengok tu berangan lagi. Nak tolong ke tak ni?!”
     “kau nak mintak tolong ape?”
     “kau tanya lah Airin apa yang Aira suka. Contohnya macam favourite food dia ke. Alah.. kau Tanya je lah dia. Nanti aku bagi upah.” Adam kemudian mengenyit mata nakal.
     “hah? Kau gile ke. Tak kan kau tak tahu aku ada perang dingin dengan kembar dia. Tak nak lah aku pergi bersembang dengan dia. Dah la perangai macam singa. And kalau kau nak tahu, sebab dialah baju sekolah aku jadi warna kuning. I said no!”
     “padan muka kau, sapa suruh kau kacau hidup dia. Ah aku tak kira, besok kau kena start mission kau. Upah nanti aku bagi. Sayang kembar aku muahh…” Adam terus keluar dari bilik Afiq.

Bertuah punya abang kembar. Macam manalah aku nak berdepan dengan singa lapar tu esok eh…
Afiq kemudian tertidur dibuai angin malam. 

 ………………………………………………………………………………

Suasana di kelas sunyi. Afiq keseorangan di dalam kelas sambil memikirkan cara untuk berdepan dengan Airin. Tiba-tiba pintu kelas dikuak. Afiq menoleh ke belakang untuk melihat. Pandangan mereka bertembung..lama…….Airin cepat-cepat menoleh ke tingkap.
Malu agaknya.


Aduh! Apesal aku tengok dia sampai nak terkeluar bijik mata. Menyesal la pulak. Tapi bila tengok muka dia lama-lama, makin cantik.. hehe. Tanpa sedar Afiq tersenyum kambing seorang diri.

Ish.. apehal pulak mamat ni senyum sorang-sorang. Kalau aku layan,aku pulak jadi sewel. Baik aku buat kerja aku.Tapi kenapa tadi jantung aku berdegup kencang sangat? Aku jatuh cinta ke? Ah.. tak mungkin. Takkanlah aku jatuh cinta dengan mamat blur ni. Agaknye dia masih marahkan aku tak pasal semalam?

Airin tertanya-tanya dalam hati.

     “emm..Airin”
     “emm…” balas Airin acuh tak acuh.
     “aku nak tanya sikit”
     “Tanya ape? Jawab Airin tanpa menoleh ke arah Afiq
     “Aku nak tanya pasal kembar kau”

Ish..aku mengigau ke? Biar betul mamat ni nak tanya pasal kembar aku? Dia minat kat kembar aku ke? Tak boleh jadi ni..

Suasana sunyi

“Tanya pasal ape?” soal Airin inginkan kepastian
“kau jangan salah faham pulak..sebenarnya aku….”

Perbualan mereka terhenti apabila beberapa orang rakan mereka masuk ke dalam kelas. Suasana bertukar menjadi gamat.


Kelas terhenti apabila loceng rehat berbunyi.

     “ish.. bising betul lah loceng sekolah kita ni”
     “kau ni Airin, patutnya bersyukurlah dia berbunyi. Kalau dia tak berbunyi alamatnya kebulur kita kau tahu.. kau tak pe lah anak dato’ , aku ni duduk asrama. Orang bagi makan apa pun telan je lah.”
     “aku cakap sikit, kau cakap banyak.”  Penatlah dengar kau berleter.. sebijik macam mak nenek!

     “Airin.. tunggu kejap” panggil Afiq
     “Marina, kau keluar dulu aku ada hal kejap”
     “beres bos!”

Ish.. ape lagi mamat ni nak! Benci betul

     “aku belum habis cakap lagi pasal tadi”
     “apa yang kau nak tanya?
     “emm…sebenarnya Adam minat dekat Aira. Boleh tolong bagi tahu tak favourite food or whatever. Bagi number phone lagi bagus. Amacam?”
     “what! Crocodile sea minat dekat gadis melayu terakhir? Unbelievable.. tak payah susah-susah, kakak aku takkan suka dekat kembar buaya laut kau tu. Semua dah jelas kan? Sorry to say and enjoy your lunch.” Airin senyum mengejek.

Huh.. kalau dia ni adik aku, dah lama aku lempang laju-laju. Aduh macam mana dengan Adam? Jerat tak mengena la pulak. Ah lantak kau lah.

………………………………………………………………………………

     “emm..Adam”
     “yup..”  
     “so macam mana dengan mission kau?” sambung Adam lagi
     “Jerat tak mengena la beb..boleh dia gelak dekat aku yang tengah serious…” Afiq kemudian menceritakan kepada Adam perkara tersebut
     “haha... kesian kembar aku”
     “kau tak kisah ke?”
     “tak kisah pun.. happy lagi ada”
     “hah?” Afiq bingung.. aku lempang laju-laju budak ni nanti sah bengong!

Adam kemudian ketawa seperti orang tidak waras. kalau orang Tanjung Rambutan tengok pun sah dia mengaku ‘yes! Ini kawan aku’ …

………………………………………………………………………………..


Will Be Continue ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan